主页
 新闻及通告
 简介
 校长履历(国文)
 日历(国文)
 课外活动(国文)
 教师常年任务(国文)
 图库
 智慧卡计划
 网页编辑部

Profil Pengetua (校长履历)

 

 

PROFIL

PENGETUA SMJK SIN MIN,

EN. TEE PAK LEONG, BKM.

 

En. Tee Pak Leong, Pengetua SMJK Sin Min, mendapat pendidikan di SJK(C) Han Chiang dan SMJK Chung Ling, Pulau Pinang, sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.  Pada tahun 1974,  beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian Kelas Pertama dalam bidang Matematik dari Universiti Malaya dan Diploma Pendidikan pada tahun berikutnya dari universiti yang sama.

Beliau mula berkhidmat sebagai seorang guru terlatih di Sekolah Menengah Ismail Petra, Kota Baru, Kelantan, pada Januari 1975.   Pada tahun 1980, beliau ditukar ke Sekolah Menengah St. Michael, Ipoh, Perak sebelum ditukar ke SMJK Sin Min, Sungai Petani, Kedah pada Januari 1981 sebagai Guru Penolong.

Beliau dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan (HEM) pada 1 April, 1988, Penolong Kanan pada 16 Januari, 1992 dan seterusnya menyandang jawatan sebagai Pengetua mulai 1 Februari, 1998,  di SMJK Sin Min.

Beliau telah menghadiri pelbagai wokshop dan seminar pendidikan dan telah membentangkan banyak kertas kerja seperti berikut:

  1. Pada November, 1999, beliau membentangkan kertas kerja bertajuk “Penggunaan ‘Geometer’s Sketchpad’ dalam Pengajaran dan Pembelajaran Geometri” dalam Seminar Kebangsaan Pendidikan Matematik anjuran bersama Pusat Perkembangan Kurikulum dan Jawatankuasa Petugas Matematik, Kementerian Pelajaran Malaysia. 
  2. Pada September, 2005, beliau membentangkan kertas kerja bertajuk “Penggunaan ICT dalam Pengurusan Sekolah” di Seminar Kepimpinan Instruksional, Institut Aminuddin Baki, Cawanan Utara, Jitra, Kedah Darul Aman.
  3. Pada Oktober, 2005, beliau membentangkan kertas kerja bertajuk “Pelaksanaan PPSMI di SMJK Sin Min – Satu Perkongsian Pengalaman” kepada Penolong-penolong Kanan Daerah Kuala Muda / Yan.
  4. Pada November, 2005, beliau membentangkan kerta kerja bertajuk “Pengurusan Panitia Mata Pelajaran” kepada semua Guru Kanan Mata Pelajaran Daerah Kuala Muda / Yan.
  5. Pada Jun, 2006, beliau membentangkan kertas kerja bertajuk “Pengurusan Sekolah Berkesan” kepada semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Kuala Muda Yan.
  6. Pada Julai, 2006, beliau membentangkan kertas kerja bertajuk “Pengurusan Sekolah Berkesan” kepada Penolong-penolong Kanan dari Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dalam Kolokium Kembara Pengurusan Kepemimpinan Pendidikan Malaysia Zon Utara anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.  
  7. Pada September, 2006, beliau membentangkan kertas kerja bertajuk “Anugerah Sekolah Harapan Negara” kepada Pengetua-pengetua dan Penolong-penolong Kanan Sekolah-sekolah Menengah Conforming Malaysia. 
  8. Pada Sepetember, 2006 juga, beliau membentangkan kertas kerja bertajuk “Peningkatan Profesionalisme Pengurusan Sekolah : Ke Arah Sekolah Cemerlang” kepada Penolong-penlong Kanan dari Kelantan, Terengganu dan Pahang dalam Kolokium Kembara Pengurusan Kepemimpinan Pendidikan Malaysia Zon Timur anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.

Beliau memulakan projek mega komputer sekolah – SmartCard SMJK Sin Min pada akhir tahun 2002 untuk menyelesaikan masalah murid kekurangan masa untuk makan di kantin semasa waktu rehat. Kini Sistem SmartCard yang mempunyai 9 kegunaan telah menjadi suatu tarikan kepada para pelawat ke sekolah. Pengalaman beliau tentang pelaksanaan projek SmartCard SMJK Sin Min ini telah beliau kongsi bersama dengan pengetua-pengetua, guru-guru besar, pensyarah-pensyarah Institut Aminuddin Baki, pegawai-pegawai daripada PPD / JPN / KPM dan pelawat-pelawat lain dari banyak negeri yang mengunjungi sekolah hampir setiap bulan.

Mulai Oktober, 2005, beliau memimpin warga Sin Min sehingga sekolah muncul sebagai Johan Anugerah Sekolah Harapan Negara Kategori Sekolah Menengah (Bandar) tahun 2006 pada Mei, 2006.

Pada tahun 2004, beliau dikurniakan BINTANG KEBAKTIAN MASYARAKAT NEGERI KEDAH (B.K.M.) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tuanku Sultan ke 76.  Pada tahun 2005, beliau dianugerahkan Pingat Jasa Terpuji St. John Ambulans Malaysia.

Beliau memegang jawatan Yang DiPertua, Majlis Pengetua Sekolah-sekolah Menengah Conforming Malaysia dari tahun 2005 hingga 2006 dan adalah ahli seumur hidup Persatuan Matematik Malaysia, Persatuan Hokkien, Persatuan Alumni Chung Ling dan ahli KPPK.

Beliau dilantik sebagai Pengetua Kanan (Cemerlang) pada tahun 2006.

创意、革新、进步,缔造辉煌。

©版权所有,2006年新民国民新中学网页编辑部
本网站的最佳视觉效果是采用 800 x 600 屏幕密度,应用文软浏览器版本5或以上,并支援中文简体 (GB2312)
学校电话号码 : 04-4212623
学校电讯号码 : 04-4250805
校长电邮 :principal@kdsinmin.smjk.edu.my